Wednesday, January 8, 2014

Sebaik-baik Perhiasan dunia ialah Wanita Solehah~

"Dunia ini adalah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah."
-Hadis sahih riwayat Muslim, an-Nasa'i, Ibn Majah dan Ibn Hibban

Wanita sememangnya sudah sinonim dengan kelembutan. Namun, ini tidaklah beerti wanita itu bersifat dengan segala sifat kelemahan. Di sebalik tabir kelembutan inilah, terpancar keperibadian srikandi solehah yang tidak pernah berasa takut akan mati atau gerun ketika berhadapan dengan musuh meskipun fizikal dan material musuh melebihi kekuatan pejuang Islam.

Ini kerana hidup dan mati mereka hanyalah untuk Allah S.W.T. dan diperjuangkan demi agama-NYA. Tambahan pula, mereka sangat mencintai jihad dan memilih kematian di jalan Allah S.W.T. bagi memperoleh ganjaran mulia yang disediakan oleh-NYA kepada para syuhada.

MEREKA ADALAH WANITA YANG DIRINDUI SYURGA..

No comments:

Post a Comment