Tuesday, January 21, 2014

Aku berasa tidak berdaya apabila melihat keadaan di sekelilingku.. Hatiku tidak tenteram memikirkan semua ini.. Serta merta aku jadi lemah.. apabila hati sudah resah.. fikiran mula berkecamuk.. setelah itu, perasaan menjadi tidak tentu arah. Hatiku kini.. sepi.. Hanya Allah di hati.

Tuesday, January 14, 2014

Rasa suka itu Allah yang beri.
Rasa sayang itu juga Allah yang kasi.
Jadi, itu semua fitrah manusia...


Wednesday, January 8, 2014

Sebaik-baik Perhiasan dunia ialah Wanita Solehah~

"Dunia ini adalah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah."
-Hadis sahih riwayat Muslim, an-Nasa'i, Ibn Majah dan Ibn Hibban

Wanita sememangnya sudah sinonim dengan kelembutan. Namun, ini tidaklah beerti wanita itu bersifat dengan segala sifat kelemahan. Di sebalik tabir kelembutan inilah, terpancar keperibadian srikandi solehah yang tidak pernah berasa takut akan mati atau gerun ketika berhadapan dengan musuh meskipun fizikal dan material musuh melebihi kekuatan pejuang Islam.

Ini kerana hidup dan mati mereka hanyalah untuk Allah S.W.T. dan diperjuangkan demi agama-NYA. Tambahan pula, mereka sangat mencintai jihad dan memilih kematian di jalan Allah S.W.T. bagi memperoleh ganjaran mulia yang disediakan oleh-NYA kepada para syuhada.

MEREKA ADALAH WANITA YANG DIRINDUI SYURGA..

Sunday, January 5, 2014

Wahai blog..

Terima kasih ..
Di  sini  boleh menjadi tempat  bagi aku meluahkan perasaan .. 
berkongsi segala suka dan duka di sini..

Aku.. kadangkala berasa sendirian..
Terlalu kesepian..
Terasa diri jauh ditinggalkan..

Salahkah jika aku menginginkan sedikit kebahagiaan yang turut dirasa oleh orang lain?
Namun,  aku  tetap bersyukur... ke atas segala nikmat yang diberikan...