Tuesday, December 24, 2013

Luahan perasaan tulus ikhlas dari hati sanubari ini ...

Hatiku sedih apabila memikirkan soal itu..
Hatiku resah apabila ditanyakan tentang itu..
Aku menjadi semakin sedih..
Hatiku tidak tenteram lalu menjadi gelisah..

Ya Allah.. Aku hanyalah manusia biasa yang tak bebas dari melakukan kesilapan.
Kau bimbinglah hambamu ini ke jalan yang benar.. :'(
Ya Allah.. Hatiku kini sedih Ya Allah..
Aku khilaf.. Aku khilaf.. Aku khilaf..

Masih adakah orang yang boleh menerima diriku seadanya.. :'( 
Oh tuhan.. tunjukkan ku jalan untuk menempuhi dugaan ini..

Aku sedar masa lalu itu cukup menyakitkan.. tapi aku juga sedar, setiap manusia itu boleh berubah dan saling menerima antara satu sama lain.. :)
Aku akan berusaha untuk senyum semula.. Aku harus menjadi seorang pemudi yang kuat !! Insyaallah~

Wanita Yang Dirindui Syurga

Menyelusuri perjuangan srikandi Islam yang sentiasa melakukan kebaikan, menghindari keburukan, berjihad demi membela agama dan beriman sepenuh hati kepada-NYA..

          
[Asiah Isteri Firaun yang Beriman]

          Di dalam sejarah, tokoh kekafiran yang paling dahsyat adalah Firaun. Dia bukan sahaja tidak mengakui adanya TUHAN malah mengangkat dirinya sebagai tuhan yang berhak disembah sehingga tergamak mengatakan di hadapan rakyat jelata, "Akulah tuhan kamu yang maha tinggi."

          Akibat ketakutan, seluruh rakyat jelata sanggup menyembah dan mengakuinya sebagai tuhan.

          Segala seruan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s sedikit pun tidak pernah dihiraukan, malah pernah suatu ketika Firaun naik ke puncak sebuah bangunan yang tinggi dan melepaskan anak panah ke langit. Kebetulan anak panah itu jatuh di hadapannya dan bersimbahlah darah. Lalu dia isytiharkan kepada rakyat jelata bahawa dia telah membunuh TUHAN Nabi Musa a.s sedangkan darah tersebut hanyalah darah burung yang Allah S.W.T telah tetapkan sasaran anak panahnya supaya Firaun bertambah kufur dengan kesombongan dan kekafirannya sendiri. Seluruh rakyat dipaksa untuk menyembah dan sujud padanya. Sesiapa yang ingkar, pasti akan dibunuh sehingga seluruh rakyat berasa takut dan tidak mempunyai pilihan kecuali menyembahnya.

          Walaupun seluruh rakyat telah menyembahnya sebagai tuhan, namun ada seorang yang paling dekat hubungannya dengan Firaun yang berani mengingkari dan tidak menyembahnya sebagai tuhan. Orang itu ialah isterinya sendiri, Asiah. Beliau satu-satunya orang yang beriman kepada Allah S.W.T di istana Firaun. Rahsia keimanan yang disembunyikan selama ini telah terbongkar berpunca daripada ucapan perkataan 'ALLAH' yang terbit dari mulutnya secara tidak sengaja.

          Firaun berusaha memujuk supaya Asiah kembali kepada kekafirannya dengan berkata, "Wahai isteriku, tahukah engkau akibat orang yang mengingkari diriku sebagai tuhan? Sebelum engkau menyesal, ubahlah pendirianmu!"

          "Wahai Firaun, pendirianku tidak akan berubah walau apapun yang akan menimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa engkau dan aku adalah sama-sama manusia biasa. Tuhanmu dan Tuhanku adalah ALLAH," jawab Asiah dengan tegas.

          Firaun berusaha memujuk isterinya itu dengan kata-kata yang lemah lembut tetapi tetap juga tidak berhasil, lalu terpaksalah digunakannya kekerasan. Tegas Firaun, "Hai Asiah, jika engkau tidak mahu mengubah pendirianmu, pastilah akan aku pancung kepalamu!"

          Jawab Asiah, "Wahai Firaun, lakukanlah apa yang engkau mahu tetapi sedikit pun engkau tidak akan dapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah sekali lagi aku nyatakan bahawa Tuhanmu dan Tuhanku adalah ALLAH."

          Setelah berusaha memujuk dan mempengaruhi secara lemah lembut mahupun secara keras juga tidak berhasil, lalu Firaun membuat pengumuman kepada sekalian rakyatnya bahawa seorang perempuan  iaitu Asiah, isterinya sendiri akan dipancung akibat keengganannya untuk mengakui Firaun sebagai tuhan. Semoga hukuman ini akan menjadi pengajaran bagi sesiapa yang ingkar akan ketuhanan Firaun.

          Pada masa yang telah ditetapkan, maka berkumpullah sekalian rakyat di suatu tempat di mana Asiah diikat pada sebatang pokok kurma. Firaun masih tidak berputus asa dan cuba memujuknya sambil berkata, :Wahai Asiah, ubahlah pendirianmu. Engkau akan kumaafkan."

          Berulang kali pula Asiah menjawab, "Tidak. Janganlah engkau cuba mempengaruhiku lagi. Sia-sia sahaja usaha dan perbuatanmu itu."

          Lalu Asiah memohon kepada Allah S.W.T sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam firman-NYA yang bermaksud :

"Dan ALLAH memberikan contoh bagi orang yang beriman, iaitu isteri Firaun, ketika ia berkata: "Ya TUHANku, bangunkanlah rumah untukku di sisi ENGKAU dalam syurga dan lepaskanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, dan lepaskanlah aku dari kaum yang aniaya." 
-Surah at-Tahrim : 11

          Permohonan Asiah diperkenankan oleh-NYA, lalu Allah S.W.T perintahkan kepada malaikat, "Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku agar diperkenankan permohonannya. Maka perlihatkanlah padanya gambaran kerana suaminya yang di duinia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku gantikan dengan istana yang lebih baik di dalam syurga."

          Maka malaikat pun menunjukkan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah. Pada ketika itu, Asiah tersenyum seolah-olah beliau mencabar kematiannya. Asiah menghadapi kematian bukan dalam keadaan bersedih dan mengangis malah tersenyum.

[Begitulah kisah Asiah yang penuh dengan dugaan. Walaupun dihukum suami sendiri, namun tetap sabar dan tabha menerimanya. Dengan keberanian dan kekuatan iman yang teguh itu telah melayakkan beliau untuk berada di dalam syurga bersama kekasih ALLAH S.W.T tercinta. Insya-ALLAH...]


Mengenal Cinta Allah..


Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah..
Ya Rahman.. Ya Rahim..   

Jika kamu ingin Allah bercakap denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu ingin pula bercakap dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian, dan rintihan seorang hamba kepada Allah..

-Ulamak Al-Hakim-